...khilaf kasih khalifah EPISOD 1...
perkongsian hasil nukilan sahabat ku yang banyak mengajarku tentang hidup dan erti disebaliknya... Nursyafiqah Said...
"Sok
abg kjutkn Alya k"
"Ok
syg, gud nite, salam"
Aku
meletakkan telefon bimbit di sisiku. Aku bahagia begini. Punya keluarga yang
menyayangi, sahabat yang setia dan punya kekasih yang sangat memahami. Aku juga
tenang melayari kisah cinta ini, dan tetap mengharapkan rahmat dari Ilahi.
Azwan, sangat baik budi pekertinya, menghormati orang lain, murah dengan
senyuman dan suka berjenaka, menjadi perhatian ramai kerana kecemerlangan
akedemik dan aktif bersukan, pastinya menjadi harapan setiap gadis. Solat tidak
pernah dilupakan. Tapi benarkah dia insan yang aku cari-cari selama ini? Memang
benar aku bahagia, tapi ikhlas dari hati, aku tidak dapat mengecapi ketenangan.
Tiada kenikmatan dalam ibadahku..
'Knp
Alya sanggup tinggalkan abg? Dlu Alya sndri yang minta spya abg tak lepaskan
Alya'
'Alya
minta putus bukan sebab Alya tak sygkn abg, tapi apa yang kita lakukan sekarang
x mnjanjikan kbahagiaan utk msa dpn. Kta prlu fokus pd mtlmt msing-msing. Alya
nk kita rasa nikmat kemanisan iman. Jika kita terus bgini, hijab antara kita
dan Allah xkn pernah terbuka.'
'Ckp
saja kalau Alya da jmp llki y lbih baik!'
'Alya
x wat mcm tu! Abg, minta putus dgn abg skrg ni ckup brt utk Alya. Alya masih
sygkn abg tapi kputusan yang mnyiksakan inilah yg harus kita pilih. Ni untuk
kebaikn kita. Abg tlg fhm. Alya sdih bila terpaksa brpisah dgn abg, tapi abg
tuduh Alya mcm-mcm. Trpulang pd abg. Alya nekad dgn kputsan Alya. Ini yang
terbaik utk kita. Salam.' Pantas tanganku menekan butang send. Telefon bimbit
di matikan. Air mataku mengalir. Terasa pedih bila terpaksa berpisah saat masih
menyayangi. Tapi inilah hakikat yang harus aku terima. Hukum yang Allah
tetapkan pasti punya hikmah disebaliknya walaupun aku tersiksa sekarang,
asalkan tidak tersiksa di akhirat.
"Yakinlah
pada Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Biar kita
terpaksa mengorbankan kebahagiaan kita yang sementara ini. Pasti Allah akan
menggantikannya dengan yang lebih baik." Kata-kata Asyraf masih
terngiang-ngiang di mindaku. Atas nasihatnya, aku mengambil keputusan ini. Aku
bersyukur padaMu Ya Allah, masih diberikan kesempatan untuk merasai kasih dan
rahmatMu walaupun aku sering mengingkari perintahMu. Ampunilah dosa-dosaku Ya
Allah..
"Setiap
kali membaca Al-Mathurat, pastinya kita akan membaca 'Aku redha dengan Allah
sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku'. Kita harus
bersikap redha kepada Allah, redha dengan setiap hukumNya, redha dengan qada'
dan qadarNya, baik yang pahit atau yang manis. Sesungguhnya sikap 'memilah-milah'
dalam beriman kepada qada' dan qadar adalah tidak dibenarkan. Memilah-milah
bermaksud kita redha dengan ketentuan-ketentuan qadha' yang sesuai dengan
kemahuan kita dan tidak menerima apabila tidak sesuai dengan keinginan dan
tujuan kita. Sikap seperti ini tentu saja bukan sikap seorang hamba,"
jelas penyampaian Irfan. Para jemaah tekun mendengar ceramah yang disampaikan.
Alya tidak terkecuali. Luka hatinya sedikit terubat mendengar ceramah tersebut.
Krisis yang berlaku antara dia dan Azwan pasti terselit jutaan hikmah. Dia
tetap bersangka baik kepada ketentuan Allah.
"Barangsiapa
yang memenuhi hatinya dengan keredhaan terhadap qadha', maka Allah akan
memenuhi hatinya dengan kekayaan, rasa aman serta qana'ah. Selanjutnya, Allah
akan menjadikan hatinya dengan penuh rasa cinta, inabah dan tawakkal kepadaNya.
Keredhaan mengosongkan hati dari berbagai permasalahan dan membiarkannya hanya
untuk Allah. Sikap tidak menerima pula akan mengosongkan hati dari segala
hal yang bersangkutan dengan Allah. Keredhaan akan memberikan ketenangan hati.
Ketenangan akan membuatkan hati kita kuat, keadaan terkawal dan hati menjadi
jernih," sambungnya lagi.
'Dgr 2
Asyraf. Kta kna rdha dgn ktentuan Allah. x semestinya kputusan kau teruk kali
ni, akan teruk utk selama-lamanya kn?' pantas tanganku menaip mesej selepas
ceramah tamat. Aku berharap Asyraf mendapat sedikit kekuatan. Dulu, saat aku
hanyut dalam lautan kemaksiatan, dia datang menyelamatkan. Kini, giliranku
untuk membantunya saat dia hilang semangat. Sungguh, aku terhutang budi
kepadanya. Inilah yang dinamakan persahabatan. Tetap berada disisi saat senang
atau susah.
'Mmg
betul Lya, tapi kegagalan aku ni sbb diri sndri. Aku tak berusha
sungguh-sungguh' Asyraf membalas.
' Tak
ada gunanya kau sesal dgn prkra yg da brlalu. Itu x dpt mngubah apa-apa. Jln yg
terbaik, kesilapan dulu kau jadikan panduan untuk menghdpi hari yang lbih
mencabar. Jgn terlalu difikirkan masa yang dah berlalu, dan jangan diagak
kesusahan yang akan kau hadapi pada hari esok. Tapi sentiasalah bersedia mengahadpi
setiap liku-liku kehidupan dengan sikap redha. Susah atau senang, i2la
tarbiyyah terbaik dari Allah utk kau. Em, kan dah kena lecture.' Asyraf tidak
membalas mesejku. Aku doakan dia bertemu ketenangan. Aku harap, ada sahabat
muslimin yang menyedari masalahnya. Aku ingin sekali berhadapan untuk
memujuknya, tapi aku dan dia adalah seorang muslim, punya cara hidup yang harus
di patuhi. Mungkin pada sesetengah orang, batas-batas pergaulan menyekat
kebebasan dalam bersosial. Tapi tiadak bagi kami. Dengan menjaga syariat
inilah, persahabatan kami terus kukuh, hidup dalam ketenangan. Aku berharap
agar ukhuwah ini terus berada dalam redha Ilahi. Disinilah terserlah keindahan
syariat- syariat Islam, jika kita mahu menghayati dan mengamalkannya.
"Tengah
chat dengan makwa ka?" Irfan mengusik.
"Ish,
budak ni. Baru saja aku putus sebab tak nak lalai, dia cakap pula macam
tu," Asyraf pantas meningkah.
"Hehe,
orang gurau saja lah. Masih fikir pasal keputusan peperiksaan tu?" Irfan
meneka. Dia perasan Asyraf kelihatan murung hari ini. Asyraf tidak memberi
sebarang respon."Aku dah beceramah panjang tadi. Kalau kita tidak redha
dengan apa yang Allah dah tetapkan ke atas diri kita, selamanya kita tidak akan
tenang, aku tak nak sambung lagi. Nanti muak pula kau dengar. Tapi
fikir-fikirkanlah apa yang aku cakap tu," Irfan bangkit ke biliknya.
Banyak assigment yang perlu disiapkan."
“Satu
lagi nak pesan, jangan selalu sangat mesej dengan muslimah. Kalau ada masalah,
kan banyak lagi sahabat muslimin yang lain, lebih mudah bagi kami untuk
membantu kau. Mungkin sekarang kamu tak ada perasaan, tapi ingat, syaitan itu
sangat licik. Baik mencegah sebelum terkena, Assalamualaikum," Asyraf
terkejut. 'Macam mana dia tahu aku tengah mesej dengan muslimah ni? Em,dah lama
kita berkawan, tapi peribadiku tidak pernah seindah peribadimu sahabat,' hati
Aysraf berbisik.
"Kak,
minta kredit seringgit," adikku tersengih. Aku buat-buat tidak tahu. Cuti
semester baru bermula. Hanya pada ketika inilah kami dapat bertemu, bermesra,
selayaknya keluarga yang lain.
"Ala,
kakak kan baik, comel lagi tu. Dapat pakwa yang dikejar-kejar orang, tapi pakwa
dia setia dengan kakak saja. Memang kakak adik ini istimewa orangnya,"
Sedaya upaya Alyana mengambil hatiku demi kredit seringgit. Aku ketawa kecil.
"Kakak
mana ada kredit, adik beli sendirilah. Duit dalam dompet tu nak buat
perhiasan?"
"Saya
tak ada duitlah kak. Itu saya nak simpan untuk beli buku. Nanti abah marah
pula. Kakak tak kesian dengan adik kakak seorang ni? Sedihnya saya,"
Adikku berlakon sedih. Geli hati aku melihat telatahnya. Sudah besar panjang
pun masih buat perangai macam budak kecil! Aku menyerahkan telefon bimbitku
kepadanya.
"Jangan
sesekali guna untuk benda-benda yang tak ada faedah ya!" Sempat aku
berpesan. Biarlah dia mengambil kreditku, mungkin dia ada keperluan penting.
Sejak aku berpisah dengan Azwan, aku tidak banyak menggunakan kredit. Mungkin
itulah salah satu hikmahnya, agar aku tidak membazir untuk perkara-perkara yang
tidak membawa apa-apa faedah.
"Kak,
sebelum ini kan, kakak asyik layan saya kasar-kasar sahaja. Saya tanya sikit,
mesti kakak marah. Kalau saya begurau, habislah semua gelas dan pinggan
terbang, ganas tau kakak ni. Saya risau juga keadaan kita bila dah besar nanti.
Tapi lepas saja belajar di universiti, wah! Berubah habis kakak ni. Azwan yang
ubah kakak ya," Adikku membuat kesimpulan sendiri. Nasib baik dia bukan
sejarawan. Kalau tidak, hancurlah pengetahuan umat manusia.
"Nak
seringgit lagi ke? Lebih-lebih pula memuji," Aku mencebikkan muka.
"Astagfirullah,
serius adik cakap ni. Azwan yang ubah kakak?" Azwan? Sudah lama aku
kuburkan kisah cinta dengannya.
"Adik,
semua manusia terdorong untuk berubah menjadi lebih baik daripada yang sedia
ada. Siapa yang mahu terus- terusan hidup dalam kejahilan? Azwan langsung tak
mempengaruhi perubahan kakak. Ini semuanya kerana rahmat Allah. Semuanya
berlaku atas kehendakNya. Allah pertemuakan kakak dengan Asyraf untuk
sedarkan kakak, apa yang kakak lakukan selama ini adalah salah, hanya membawa
kepada kelalaian, cinta kakak dulu hanyalah cinta murahan," Aku
menjelaskan.
"Asyraf?
Jadi kakak tengah bercinta dengan Asyraf?"
"Eh,
ikut sedap mulut dia saja. Asyraf tu cuma kawanlah dik. Tak lebih dari itu.
Kakak memanglah rapat dengan dia. Tapi kami pun jarang jumpa. Jarang mesej. Tak
ada masa nak fikir soal hati dan persaan. Kita ada tanggungjawab yang lebih
penting dari fikirkan hal cinta. Umat Islam sekarang sedang mengalami
kehancuran. Kita, manusia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah di
muka bumi. Kalau bukan kita yang mengangkat kembali kegemilangan Islam seperti
yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu, siapa lagi yang kita nak
harapkan? Mungkin sekarang adik tengok kita tak dapat buat apa-apa sebab kita
tak pandai nak angkat senjata, kita tak boleh nak pergi berperang. Tapi yang
kita boleh lakuan, kita berusaha membetulkan peribadi umat Islam yang ada
disekeliling kita. Kalau dalaman dah lemah, rosak, macamana lahiriah nak kuat?
Jadi adik, tak payahlah kita nak fikir pasal hal cinta-cinta ni dulu. Bila dah
sampai masa nanti, barulah kita fikirkan sedalam-dalamnya, kalau terlalu
difikirkan sekarang, tak terasa indah pun rasa cinta tu nanti. Siapkanlah diri
untuk menjadi muslimah yang berkebolehan, yang dapat menangkat semula
keunggulan Islam. Kalau kita berpasang-pasangan sekarang, kita ini cuma seorang
muslimah yang tak berguna untuk agama sebab terlalu asyik dibuai perasaan
murahan. Simpanlah cinta itu hanya untuk lelaki yang sudah sah menjadi suami.
Jadi, muslimah yang seperti mana yang adik nak jadi, itu terpulang pada diri
sendiri. Tapi kakak harap adik kakak tak ikut jejak kakak yang lebih memilih
menjadi muslimah tak berguna untuk agama demi kenikmtan cinta yang mungkin
bertahan setahun, dua tahun, tapi jadilah muslimah yang hebat, yang mampu
menggoncang dunia. " Aku menasihati adikku. Kebanyakan muslimah sekarang
lebih memikirkan hal cinta kepada insan. Mereka hanyut di buai perasaan. Aku
juga tergolong dalam mereka yang sedang hanyut. Walhal, wanita muslimah
sebenarnya aset penting untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Lihat sahaja
muslimah di Palestin, mereka punya semangat berjuang yang tinggi, sanggup
menjadi syahidah walaupun terpaksa mengebom diri! Tidak ada masa untuk
menikmati cinta murahan. Begitu juga para sahabat wanita pada zaman Rasulullah
s.a.w. Keperibadian mereka begitu mengkagumkan. Itulah ciri-ciri wanita syurga.
Martabat mereka lebih tinggi dari bidadari yang ada disyurga. Tetapi sejauh
mana aku akan mengamalkan kata-kataku? Aku kini sendiri hanyut dalam perasaan.
Yang aku sendiri keliru..
"Lusa,
abang Izwan yang bagi ceramah di masjidkan? Wah! Tak sabar rasanya nak dengar
ceramah dia. Nanti saya nak ketawakan dia puas-puas. Hehe," Aku sangat
mengkagumi kebolehan sepupuku, Abang Izwan. Dalam usia yang muda,
penyampaiannya sangat berkesan. Peribadinya juga aku jadikan ikutan dalam
menjalani kehidupan seharian. Tidak ramai remaja seperti dia
"Tapi
kalau tak silap kakak, Abang Izwan tak dapat bagi ceramah. Orang lain yang
ganti dia," jelas Kak Ratna, adik Abang Izwan sambil menghindangkan air
kepadaku.
"Siapa
yang ganti? Ustaz yang biasa bagi ceramah dekat masjid tu ya?"
"Tak,
adik kawan dia yang ganti. Abang Izwan temankan Abang Afendi pergi
Pahang, jadi Abang Affendi cadangkan supaya adiknya menggantikan Abang Izwan.
Dengar-dengar penyampaiannya baik. InsyaAllah, lebih baik dari Abang
Izwan," aku hanya mengangguk.
“
Allah s.w.t . berfirman,
‘..Apabila
kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya
Alllah menyukai orang-orang yang bertawakal (kepadaNya)’
(Ali Imran, ayat 159)
Sesungguhnya
kebanyakan dari kita mengalami keraguan manakala harus mengambil suatu
keputusan penting sehingga menjadi gelisah, bingung, kacau dan ragu. Adalah
menjadi kewajipan bagi seseorang itu untuk selalu bermusyawarah atau
beristikharah kepada Allah. Jika kita merasakan ada sesuatu yang menurut kita
paling tepat, majulah dan jangan ragu-ragu. Sekarang, bulatkan tekad, tawakal
dan mantapkan hati, agar hidup ragu dan bimbang cepat berakhir"
Selesai
ceramah, dia di kelilingi para jemaah untuk bersalaman. Pujian datang
menghujani. Tapi cepat-cepat dia meningkah pujian tersebut.
"Alhamdulillah
kerana Allah telah memudahkan saya menyampaikan ilmu pada malam ini. Tapi itu
sebenarnya adalah rahmat dari Allah untuk kita semua. Mungkin kerana keikhlasan
kalian semua untuk menghadiri majlis pada malam ini, Allah memberikan kemudahan
kepada saya untuk menyampaikan ilmu agar kedatangan kalian tidak sia-sia.
Malahan ini adalah anugerah dari Allah untuk kita semua walaupun
sebenarnya saya tidak layak mendapatkannya," Bergetar jiwa mendengarkan
kata-katanya. Irfan?
"Banyak-banyak
kawan aku, aku paling kagum dengan Irfan," Asyraf bersuara,hari ini dia
kelihatan lebih bersemangat, mungkin mendapat suntikan semangat dari ceramah
semalam. Alhamdulillah, dia redha dengan keputusan peperiksaannya.
"Siapa
Irfan?" Tanyaku sambil mengerutkan kening.
"Peliklah
perempuan ni, Irfan pun kau tak kenal. Itulah, dulu asyik layan Azwan saja.
Irfan tu kawan akulah,"
"Ish!
Pak cik ni, aku tahulah dia kawan kau. Kenapa kau kagum dengan dia?"
"Tau
tak, ada orang kata, lelaki ini lambat matang. Macam aku sekarang ini, kau pun
dapat tengokkan, masi kurang matang lagi. Tapi berbeza dengan Irfan,"
jelas Asyraf.
"Alahai,
sebab itu saja kau kagum dengan dia? Aku pun dah matang ni, baik kau kagum
sekali kat aku," Aku cuba berseloroh.
"Jangan
nak perasaan matang. Perangai lagi tak matang dari aku. Bukan sebab itu sahaja,
Irfan ni bijak ambil tindakan. Bila dia nak ambil suatu keputusan, dia akan
fikir betul-betul. Orang akan fikir keputusan yang dia ambil itu tak betul
sebab diaorang tak fikir impaknya pada masa hadapan. Akhirnya Irfan selalu
dipersalahkan. Kononnya dia tak pandai buat keputusanlah, tak fikir
betul-betullah. Tapi dia tetap bersabar. Kalau aku jadi dia, dah lama aku
menangis tau," menangis? Biasanya orang kata, lelaki yang menangis ini tak
'macho'. Betulkah? Tapi, lelaki yang aku sanjung selama ini selalu mengalirkan
air matanya. Air mata itulah tanda kasih sayangnya. Mungkinkah dia dapat
ditandingi oleh mana-mana lelaki di dunia? Tak mungkin! Cuma ada satu Muhammad
dalam hatiku. Cuma ada Muhammad bin Abdullah.
"Kalau
nak puji makhluk, puji Penciptanya cik abang oi. Nanti bila dia dengar, timbul
pula perasaan riak, ujub dan takbur. Penyakit hati yang macam itu susah kita
nak ubat,"
"Bukan
dia ada dekat sini pun. Cuma aku, kau dan Najlah yang dengar. Lainlah kalau ada
antara kita bertiga ini ada yang buka mulut," sinis Asyraf bercakap. Macam
nak kenakan aku saja. Najlah yang ada bersama kami tidak pernah membuka mulut.
Tapi kalau aku nak buka mulut pun, aku masih tidak kenal siapa Irfan yang dia
kagumi itu.
"
Aku rasa kan, bila kau dah betul- betul kenal dengan Irfan, mesti kau sangkut
punya," Asyraf menyambung bicaranya.
"
Aku dah serik nak jatuh hati dengan orang. Sekarang ini, aku cuma nak tumpukan
pada ibadah, dakwah dan akedemik aku. Masih banyak saudara- saudara Islam kita
yang masih terkapai- kapai, hanyut dibuai nafsu. Perjuangan aku masih panjang,
menuntut hampir seluruh masaku untuk terus berjuang," Panjang lebar
penjelasanku.
"Alhamdulillah
kalau kau fikir macam itu. Aku harap kau terus teguh berdiri di atas jalan yang
kau dah pilih. Tapi ingat sesuatu, Allah akan menguji setiap kata-kata kita.
Aku cuma nak pesan, amalkanlah apa yang kau katakan tadi. Jangan sekadar cakap
kosong,"
"Kenapa
Lya? Balik sahaja dari masjid tadi, tak keluar sepatah kata pun. Biasanya,
dialah yang paling sibuk buat ulasan ceramah," Sura Kak Ratna mematikan
kenangan lalu. Dia memandu kereta. Aku pulang ke rumahnya malam ini. Kata-kata
Asyraf terngiang-ngiang dimindaku. Apa yang diucapkan benar-benar berlaku kini.
Saat ini aku hatiku terpaut pada Irfan.
"Kak,
mungkin apa yang saya buat ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang
muslimah. Apatah lagi muslimah yang ingin menjadi seorang daie(pendakwah), yang
perlu memiliki peribadi yang dapat dijadikan qudwah oleh para mad'u(orang yang
didakwah).Saya kenal Irfan. Saya simpan perasaan terhadap Irfan," aku
membongkar rahsiaku. Aku lelah menanggung kegelisahan sendiri.
“Lya
kenal Irfan?" Kak Ratna seakan tidak percaya. Aku menangguk. Dunia ini
tidak sebesar yang disangka.
"Saya
terganggu dengan perasaan ini kak. Saya cuba buang jauh-jauh, tapi susah nak
lupakan. Semakin saya mengelakkan diri, semakin kuat perasaan itu. Saya penat
begini. Saya pernah terfikir untuk meluahkan persaan, seperti yang dilakukan
oleh Khadijah dan Rasulullah. Tapi saya sedar, masanya belum sesuai. Tindakan
saya nanti hanya membawa kelalaian. Saya dan dia punya tanggungjawab yang belum
diselesaikan. Saya penat begini kak. Apa yang akan berlaku pada perjalanan
dakwah saya nanti?" Aku menundukkan kepala. Sedaya upaya menahan tangisan.
Aku bukan muslimah yang lemah! Tidak sesekali aku menangis untuk perkara remeh.
"Alya,
perasaan itu bukan datang dari sesiapa melainkan Allah. Perasaan itu salah satu
ujian daripada Allah. Alya sedang menjalani tarbiyyah yang sarat dengan hikmah.
Perasaan itu tidak boleh dilawan, tapi perlu dikawal. Kalau Lya nak lawan,
mesti Lya kalah. Kita tak boleh lawan fitrah. Apa yang boleh Alya buat, Lya
kawal perasaan itu. Macam mana nak kawal? Isi hati dengan cinta kepada Allah
dan RasulNya. Sekarang ini, hati Lya diisi dengan cinta kepada Irfan, sebab Lya
tak isi dengan cinta yang sepatutnya. Perlahan-lahan, Lya cuba tanamkan cinta
kepada Allah. Berusaha mendapatkan keredhaan Allah. Lya tau tak, walaupun Lya
sangat sayang dengan Irfan, yang Lya sendiri tak pasti adakah dia ada persaan
yang sama, tapi Allah sangat-sangat menyayangi Lya, walaupun Lya tak
persembahkan cinta kepadaNya. Dia sangat merindukan Alya. Buktinya, sampai saat
ini persaan Lya dihijabkan Allah dari pengetahuan Irfan, sebab Allah nak beri
cintaNya yang lebih agung untuk Lya. Bayangkan kalau Allah berikan cinta Irfan
untuk Lya, Lya yakinkah yang Lya akan mencintai Allah lebih dari Irfan?
Pastinya saat ini Alya masih hanyut dibuai kegembiraan dan sering mengkhayalkan
kehidupan bersamanya. Semua tanggungjawab Alya tertangguh. Sesungguhnya Allah
Maha Pengasih, Maha Penyayang," Akhirnya tertumpah air mataku. Allah
sangat menyayangi aku, tetapi aku? Sibuk dengan cinta manusia. Hinanya diriku
Ya Allah. Hamba malu menghadapMu.
"Allah
tak halang kita berkasih sayang, tapi mesti kena pada tempatnya. Pasal Irfan,
Lya boleh terus suka padanya. Tapi berpada-padalah. Kalau dengan menyukainya
buat Alya lalai daripada mengingati Allah setiap detik, baik lupakan. Itu cinta
murahan. Tapi kakak yakin, Lya terpaut kerana keperibadiannya, kerana agamanya.
Nasihat kakak, kawallah perasaan itu. Kalau dia jodoh Lya, takkan ada yang
rampas. Tapi kalau tidak ditakdirkan bersama, redhalah terhadap ketentuan
Ilahi. Setiap apa yang telah ditentukan itu sebenaranya yang terbaik untuk
kita. Cuma fikiran kita tidak bijak mentafsirkannya," air mataku laju
mengalir.
"Kenapa
berdua- duaan dalam gelap ini? Dah kahwin ka?" Aku menyindir. Merpati dua
sejoli itu buat-buat tak tahu.
"Dah
tau berdua-duaan dalam gelap ni salah. Tapi dibuat juga. Saya dah tangkap kamu
dua kali tau. Bila kamu nak sedar ni? Tunggu dah terlanjur baru nak insaf?
Kalau dah sayang sangat, kahwin sajalah. Telefon mak ayah di rumah. Minta
mereka uruskan perkahwinan. Lepas itu, 'dating' lah sepuasnya. Kalau asyik
macam ini, sakit mata orang tengok!" Hati yang sangat benci melihat
maksiat mendorong aku memarahi mereka. Malam ini, Badan Dakwah membuat 'ambush'
besar-besaran.
"Hah!
Kamu ni pula mencemarkan maruah semua muslimah. Pakai tudung tapi masih buat
kemungkaran. Memalukan!" Aku separuh menjerit. Aku menjadi tumpuan orang
di sekelilingku. Najlah pantas menarik tanganku. Meminta aku untuk
beristighfar.
"Kenapa
kau ni. Tegurlah baik-baik," Asyraf mendekati kami. Aku menjelingnya. Dah
banyak kali tertangkap, buat apa nak cakap baik-baik. Budak-budak yang tak
faham bahasa!
"Jangan
biar syaitan mengusai diri enti. Ana tahu enti marah sebab enti benci melihat
kemungkaran. Tapi kalau enti buat perangai macam itu, enti tak ubah macam
mereka, turutkan bisikan syaitan. Marah itu tak bawa apa-apa penyelesaian.
Contohi Rasulullah dan para sahabat dalam berdakwah. Dakwah mereka sarat dengan
hikmah. Allah memerintahkan kita untuk berlemah lembut dalam usaha mengajak
umat manusia untuk mentaati perintahNya. Amalkan sunnah Rasulullah dalam
berdakwah. Banyak juga para sahabat wanita yang boleh enti contohi. Jadilah
wanita acuan Al-Quran, dengan begitu, InsyaAllah enti akan menjadi wanita
penghuni syurga." Tiba-tiba sahaja dia bersuara, langsung tidak memandang
aku mahupun Najlah. Usai kalam, dia terus berlalu. Malam itu, aku memikirkan
kata-katanya. ’Dia berpegang teguh dengan sunnah Nabi. Em, susahnya nak jumpa
lelaki macam tu sekarang,’ Apa yang aku fikirkan ni? Cepat-cepat aku
beristighfar.
"Assalamualaikum,
terima kasih sebab tegur saya hari itu. Kalau kamu tak ada, mungkin saya
bertengkar dengan Najlah dan Asyraf sekarang," Baru saat ini aku mengenali
orang yang Asyraf kagumi.
"Afwan.
Sebenarnya tak perlu berterima kasih pada ana. Bersyukurlah kepada Allah.
Sebenarnya itu adalah rahmat dari Allah untuk enti. Mungkin kerana keikhlasan
enti untuk menecegah kemungkaran, Allah memberikan kekuatan kepada ana untuk
menegur enti. Bersyukurlah kerana mendapat tarbiyyah dari Allah. Kebetulan saja
teguran itu dari ana, sekaligus tarbiyyah buat ana dan kawan-kawan yang lain.
Ini adalah anugerah dari Allah untuk kita semua walaupun sebenarnya ana tidak
layak mendapatkannya," Aku benar-benar terpikat dengan keperibadiannya.
Kata-kata penuh kerendahan hati itu mustahil aku lupakan. Dan sebentar tadi,
aku mendengarnya lagi. Dari orang yang sama. Aku rindu tarbiyyah darinya.
Keperibadiannya adalah 'tarbiyyahnya' untukku, tanpa dia sedari.
Sampai
sahaja di rumah Kak Ratna, aku bergegas ke bilik air, mengambil wudhuk. Aku
ingin menghadap Rabbku. Aku sungguh malu, tersangat malu pada Tuhanku. Air mata
ku biarkan tumpah. Tanda kerinduanku pada Yang Maha Satu.
Assalamualaikum
w.b.t.,
Maafkan
ana kalau kehadiran surat ini menggangu ketenangan enta. Tiada niat ana untuk
mengoyahkan keimanan enta kepada Allah s.w.t.. Apa yang ana ingin sampaikan,
ana minta maaf, ana terpaut pada keperibadian enta, jiwa ana terikat dengan
keimanan dan ketaqwaan enta kepada Allah. Ana tidak pernah terdetik untuk
menjemputnya, tapi perasaan itu tetap mengetuk hati. Tidak sedikt usaha ana
untuk menghalau perasaan itu. Tetapi, ana sakit sendiri. Akhirnya ana mengisi
hati ini dengan cinta kepada enta. Sehingga ana lupa bahawa hati ini seharusnya
di isi dengan cinta kepada Allah dan RasulNya. Sepatutnya ana membiarkan jiwa
ini merana kerana kerinduan kepada Allah. Biar hati ini merasa manisnya cinta
kepada Yang Maha Esa. Dalam apa- apa jua keadaan, Allahlah yang utama. Ana
lambat menyedari hakikat ini. Ana dan enta punya banyak tanggungjawab yang harus
dilaksanakan. Ana kagum dengan enta, pasti saat ini enta sibuk memperbanyakkan
ibadah, bertaqarrub kepada Rabb, tanpa memikirkan sedikit pun soal hati dan
perasaan. Ana juga ingin begitu. Saat ini, ana ingin mengabdikan diri kepada
Kekasih yang hati ana berada ditanganNya. Ana ingin melaksanakan tanggungjawab
ana sebagai khalifah. Ana ingin meninggalkan kisah cinta ana untuk enta. Ana
dan enta sangat diperlukan oleh agama. Perasaan ana, ana korbankan sahaja. Tapi
setiap insan berharap punya pemimpin keluarga yang hatinya sarat dengan cinta
kepada Allah. Bila sampai saatnnya nanti, dan jika diberi kekuatan, ana akan
sampaikan perasaan ini. Mungkin ana tidak kuat kalau enta menolak, tapi ana
redha dengan takdir Ilahi. Dia mengatur yang terbaik untuk hambaNya. Doakan ana
tetap kuat menghadapi ujian Allah. Enta adalah milik Allah, bukan milik ana.
Ingatkah enta kisah Muhanmmad dan Khadijah? Khadijah telah tertarik dengan
keperibadiaan Muhammad. Namun Khadijah sedar kalau dia hanya seorang janda yang
sudah lanjut usia, tidak layak buat pemuda sebaik Muhammad. Nafisah yang
memahami Khadijah, pergi bertemu Rasulullah, menyampaikan perasaan sahabat
tercinta, seorang hartawan yang mulia akhlaknya.
"Kalau
benar dia setuju, aku sedia mengahwininya"
"Apa
engkau benar wahai Muhammad?"
"
Benar! Aku bersungguh-sungguh!"
Tidak
tergambar kegembiraan di wajah Khadijah mendengar khabar dari Nafisah. Dia
menitiskan air mata kebahagiaan. Ana kagum pada keperibadian Khadijah. Ana
ingin menjadi sepertinya. Ana serahkan segala ketentuan kepada Allah. Dan kini,
ana ingin berada jauh dari enta, jauh dari pandangan enta, jauh dari
pengetahuan enta. Teruslah berjalan tanpa mempedulikkan bisikan palsu. Tegakkan
agama Allah. Ana juga ingin berjuang untuk menegakan Islam dan ana sedar, ana terlalu
banyak kelemahan, inilah masanya untuk ana memperbaiki diri. Hati ana
terpaut pada anta. Ana tak mahu kotori perasaan ini dengan nafsu, yang tak
menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Ana tinggalkan perasaan ini sehingga
tiba masanya. Teruskanlah perjuangan enta. Semoga keredhaan Allah selalu
mengiringi enta. Bagi ana, enta tetap kekasih mulia..
Alya
Syahidah
Surat
itu menjadi perhiasan mejaku. Itulah luahan kata hati, yang kini lebih
merindukan keredhaan Allah, yang sangat dahagakan Kasih Ilahi, lebih dari
segala- galanya. Aku sedar, iman tidak selalu teguh untuk terus mengawal
perasaan ini. Tapi aku yakin pada pertolongan Allah, sesungguhnya Dia adalah
sebaik-baik penolong. Allah akan menolong orang yang menegakkan agamaNya.
Sehingga ketika ini, Allah masih menghijab persaanku dari pengetahuan Irfan.
Aku ingin sekali warkahku di hayati, yang tersirat seribu makna. Tapi biarlah
aku persembahkan cintaku buat Yang Maha Esa sebelum dia mengetahui,
biarlah warkah itu 'terbang' sendiri, menurut kemahuan Tuhannya, dan juga
Tuhanku. Akan aku mulakan perjuanganku sebagai khalifah, meninggalkan khilafnya
kasih demi cinta yang abadi. Ya Allah, terimalah cintaku yang tak seindah
gubahan kasih Muhammad..
bersambung...