
ku cuba menjelasi,
kekhilafan diri ini...
ku cuba untuk kau bayangi,
rendahny diri ini,
aku bertanya sendiri,
kenapa kau sangat suci,
untuk diri,
yang penuh benci.
ku mulakan sesuatu penjelasan,
yang tidak matang,
kau mahukan penjelsan,
hatiku melarang.
aku tak pernah seperti apa yang kau impikan,
kerana aku bukan sedemekian,
aku lah insan terlarang.
buatmu yang disayangi Tuhan.
aku xpernah memikirkan kepentinganku,
aku cuma mahu kesenanganmu,
kebahagiaanmu,
bersama yang lebih hebat dariku...
mungkin tiada yang tahu,
apa yang ada dalam hatiku,
walaupun teman sekelilingku,
melainkan Tuhan yang satu...
aku serahkan segalanya pada ALLAH,
apa pun yang terjadi pasti ada hikmahnya,
mungkin ad jodoh kita insyaAllah,
mungkin juga tiada, aku redha...
membenarkan diriku untuk membuka pintu hatiku untuk mu,
bukan satu keputusan yang mudah,
kerana aku,
tak ingin ada yang terlukan dan merana...
maafkan aku,
kerna tak dapat buat sesuatu untuk masa ini,
biarlah aku,
yang kecewa sendiri.
di kanan dia,
di kiri sahabat setia,
di belakang rakan ceria,
di hadapan keluarga tercinta.
yang mana perlu ku pilih,
hnya Tuhan tempat merintih,
ikutkan hati dan diri,
biarlah aku yang mengndur diri..
waullahualam.... aku memang bukan bidadari, dan aku tahu realiti ini...
No comments:
Post a Comment